6 Disember 2015 - 13:29
Datuk bandar Eden dibunuh

Jaafar Muhammad Sa'ad terbunuh dalam serangan bom yang dipasang pada kenderaannya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Media Yaman sebentar tadi melaporkan kematian Datuk Bandar Eden dalam satu letupan bom yang dipasang pada kenderaannya.

Jaafar Muhammad Sa'ad terbunuh serta merta dalam serangan bom tersebut. Sementara itu al-Jazeera melaporkan beberapa orang yang turut bersama dalam konvoi datuk bandar ini turut terbunuh.

Meskipun begitu, beberapa media menyebut kematian beliau disebabkan serangan peluru berpandu yang dibidik ke arah kenderaan beliau.

Tubuh Jaafar dan pengiring beliau hancur berkecai dan hingga kini masih belum ada pihak yang mengaku betanggung jawab dalam serangan ini.

Namun, menurut laporan berita tempatan, bekas presiden Yaman yang disingkirkan, Abdul Rabbah Mansur Hadi telah memilih kota Eden untuk dijadikan ibukota sementara wilayah kekuasaannya sekiranya berjaya menakluki kawasan terbabit.

..................